ULASAN: Hasrat yang inin dijanjikan oleh pakatan rakyat(PR)ini sebenarnya sudah pun lama dilaksanakan oleh Kerjana Barisan Nasional (BN)dalam menangani secara teratur isu pendatang izin dan status kerakyatan penduduk di Sabah. Walaupun ia tidak dalam bentuk suruhanjaya seperti yang di hasratkan oleh PR, Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewujudkan Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah bagi melaksana objektif yang sama.
Makmal khas ini dianggotai oleh 27 orang pegawai dari pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ia membabitkan semua Kementerian yang mempunyai hubungkait dengan warga asing di negara ini termasuklah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pelancongan serta Kementerian Pengajian Tinggi yang terbabit dengan kemasukan pelajar asing ke negara ini.
Manakala Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksana (PEMANDU) , Jabatan Perdana Menteri pula bertindak sebagai pemudah cara. Ia bertanggung-jawab mengemukakan syor dan sebagai tambahan kepada inisiatif yang telah dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing peringkat Nasional. Syor itu juga akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA_PATI) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Antara syor yang dikemukakan dari makmal ini dan sedang dalam proses perlaksanaan adalah format sijil kelahairan yang berbesa antara warga negara dan bukan warga negara, berkuatkuasa tahun ini. Ia akan dilaksanakan melalui jabatan Pendaftaran Negeara membabitkan perbezaan beberapa ciri format, termasuk warna sijil JPN akan mengeluarkan sijil kelahiran berwarna merah bagi kanaak-kanak yang bertaraf bukan warga negara bagi menggantikan semua sijil kelahiran berwarna hijau ketika ini yang dikeluarkan oleh JPN tanpa mengira taraf kewarganegaraan kanak-kanak itu.
Justeru, taraf kewarganegaraan kanak-kanak ditentukan bersasarkan kepada taraf kewarganegaraan berdasarkan kepada taraf kewarganegaraan ibubapa semasa kelahiran tersebut berlaku. Bagi kana-kanak yang dilahirkan sebagai "Bukan Warganegara" dan kemudiannya disahkan sebagai "Warganegara Malaysia" melalui proses Pengesahan Taraf Kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan, sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan akan ditukar dengan sijil kelahiran berwarna hijau, dengan dicatatkan penanda khas yang menunjukkan perubahan status kewarganegaraan itu.
Perbezaan warna antara warga negara dan bukan warga negara ini bertujuan mengelak ibubabpa warga asing yang melahirkan anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki Sijil Kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warga negara malaysia. Perlaksanaan ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional dalam menangani isu warga asing yang telah berlarutan sekian lama di Sabah dan merupakan isu yang amat dekat dengan rakyat Sabah.
perlaksanaan Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah ini ternyata lebih diplomatik di samping dapat menangani isu taraf kewarganegaraan dengan lebih sistematik dan mesra rakyat. Berbanding dengan mewujudkan satu suruhajaya di raja untuk menyelesaikan masalah ini, hanya berapa bilangan kes sahaja yang akan mampu diselesaikan dalam sesuatu tempoh masa, apatah lagi dalam 100 hari sepeti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment