Powered By Blogger

Thursday, 23 July 2015

“OPPOSITIONISM” & “OPPORTUNISM”

“OPPOSITIONISM” & “OPPORTUNISM” ‘OPPOSITIONISM’ adalah satu pemikiran dan amalan untuk menentang, memfitnah dan merosakkan kerajaan yang sedia ada walaupun mereka sudah kalah pilihan raya. Mereka tidak mahu menerima kekalahan dalam pilihan raya secara ‘demokrasi’ yang sentiasa mereka gembang gemburkan. ‘OPPORTUNISM’ adalah cara pemikiran dan amalan yang sentiasa sedia untuk mengambil kesempatan dalam kelonggaran atau kesempitan satu keadaan demi kepentingan pribadi atau keluarga sendiri, meskipun harus mengkhianati parti atau pasukan sendiri. ‘Critical mass’ akan dicapai bila pembohongan yang berpanjangan oleh pihak pemikir dan pengamal ‘OPPOSTIONISM’ dianggap benar oleh rakyat dan disambut oleh ‘OPPORTUNISM’ yang tidak mendapat tempat, tidak relevan atau tamak kedudukan untuk diri sendiri atau keluarga. Saya telah mengikuti perkembangan politik sejak beberapa dekad. Ayah saya adalah pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajah. Begitu juga keluarga suami saya adalah diantara pemegang peranan utama dalam perjuangan kemerdekaan dan juga kepimpinan negeri selepas merdeka. Saya merasa sedih bila trend politik “Oppositionalism” yang sudah melampau kebelakangan ini. Bila pembangkang kalah, mereka tidak berhenti kerja mencelar kepimpinan negara secara berbohong, memperbesar secara melampau, ‘selective inattention’ atau paling kurang, sentiasa berat sebelah. Contoh yang teruk sekali adalah fitnah yang dibuat terhadap isteri ketua negara sendiri tanpa usul periksa. Saya rasa ini adalah kerana OPPOSITIONISTS mengambil kesempatan sebab orang ramai banyak yang suka membaca dan menyebar apa saja bahan yang diterima mereka; tidak kira ia nya benar atau tidak. Semakin sensasi, semakin disebarkan, dan kebanyakan perkara sensasi adalah rekaan semata mata. Saya rasa perlu ada juga usaha dari kalangan insan yang cintakan negara ini untuk memertabat negara dan pemimpin negara kita sendiri. Usaha Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak menerusi program PERMATA telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila beliau dijemput menyampaikan ucaptama sempena World Innovation Summit for Education- WISE yang berlangsung di Qatar. Selain itu, pengiktirafan yang diberi kepada DS Rosmah untuk melancarkan inisiatif pendidikan baru yang diperkenalkan Sheikh Moza di Qatar National Convention Centre pada hari ketiga penganjuran WISE pastinya suatu yang amat membanggakan bagi negara Malaysia. DS Rosmah juga menyampaikan ucaptama yang bertajuk Sustainable & Quality Education for The Future, Malaysia Experience Through PERMATA. Pada Julai lalu, DS Rosmah turut dijemput menyampaikan ucaptama Persidangan Asia Pasifik Mengenai Bakat Semulajadi Ke-12 yang bertemakan Mengoptimumkan Potensi Anugerah dan Bakat Semulajadi Ke-12 di Dubai. Pengiktirafan demi pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang diterima oleh Isteri Perdana Menteri ini sekaligus membuktikan keberkesanan program PERMATA yang diilhamkan oleh DS Rosmah. Saya sebagai Rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian dan kejayaan program PERMATA yang kini menjadi panduan dan ikutan kepada negara lain dalam usaha membangunkan sektor pendidikan awal kanak-kanak, sekaligus berjaya memartabatkan program itu di peringkat antarabangsa. Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan tentang permasalahan remaja kini yang membimbangkan.Proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal dan akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir. Permata Negara yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara,Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.Ketika ini ada pelajar berumur 9 tahun yang mengikuti program Permata Negara sedang mengikuti kursus peringkat pra-universiti, di mana pada umur belasan tahun pelajar berkenaan mungkin akan diterima masuk di sebuah universiti terkemuka di luar negara. Manakala sekumpulan pelajar Tingkatan 4 program Permata baru-baru ini menunjukkan kebolehan cukup luar biasa apabila lulus dalam ujian Standardised Admission Test (Ujian Kemasukan Seragam) (SAT) dengan cemerlang, yang membolehkan mereka ditawar memasuki universiti di Amerika Syarikat. Pemikiran dan sumbangan yang sangat berharga ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Anak anak kita sangat berharga. Program Permata membolehkan anak anak yang berada diluar bandar sekalipun mendapat pendidikan awal yang akan memberikan mereka head-start dalam hidup. Maksud saya memberi contoh diatas adalah untuk mengajak rakyat kembali menyoroti dan membantu usaha membangun rakyat, terutama sekali yang berada diluar bandar. Sekali gus saya inginkan agar kita berwaspada terhadap sikap dan sifat “Oppositionism” dan 'Opportunism' yang membutakan kita daripada mencari dan memupuk kebenaran dan kebaikan. Jangka panjang kita hanya akan menguntungkan puak opposition dan opportunis yang hanya ingin cepat mengambil tempat, walaupun dengan merugikan, bahkan menghancurkan negara.

No comments:

Post a Comment