Tuesday, 25 August 2015
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
SALAM MERDEKA
Merdeka, Merdeka, Merdeka
M - Marilah kita Bersama-sama
E - Eratkan silahturrahim
R - Rapatkan saf
D - Demi Kebaikkan
E - Elakkan iri hati
K - Kukuhkan Ukhwah
A - Agar bahagian dunia & akhirat
Kebanyakan kita yang hadir disini tidak mampu menghargai sepenuhnya erti kemerdekaan sebab kita tidak pernah melalui zaman penjajahan. Kita hanya pernah mendengar sedikit cerita yang disampaikan oleh orang lain, yang juga kebanyakan nya juga tidak pernah merasai erti penjajahan.
Yang kita dengar kezaliman tentera penjajah. Memancung, merampas, merogol.. Menggerunkan. Semoga kita dan anak cucu kita tidak akan melalui perkara yang sama lagi.
Sebaliknya, ramai yang hidup di zaman penjajahan dan melalui ambang merdeka tidak pernah sungguh sungguh mengecapi erti kemerdekaan ini. Selepas merdeka banyak lagi yang perlu dibuat. Pembangunan, jalan raya, kemudahan perubatan, sekolah sekolah dan Universiti; semuanya ini perlu masa.
Yang penting sekali, di ambang merdeka, bapa bapa kita boleh berdiri dengan bermaruah, tidak perlu tunduk, takut, dihina oleh kaum penjajah yang zalim. Mereka mampu mengolah langkah, merancang kehidupan dan masa depan diri, bangsa dan negara.
Kita juga tahu, ada negara, terutama sekali di benua Afrika, di mana kemerdekaan malah membawa petaka yang lebih teruk dari zaman penjajah. Suku kaum yang berbeza berbunuhan sesama sendiri. Kanak kanak kehilangan ibubapa. Ada yang menjadi abdi, ada yang dijadikan tentera.
Buktinya, kita sendiri tahu betapa rakyat dari beberapa negara jiran kita hari ini meninggalkan negara mereka yang merdeka untuk mencari kehidupan asas. Kita lihat mereka sebagai alien yang mengganggu. Kita tidak suka. Sebenarnya, mereka pun tidak suka kehidupan begitu. Mungkin di hati hati mereka tersirat keluhan, mengapa Negara mereka tidak sebaik negeri/Negara kita. Biarlah tidak disediakan kemudahan hospital. Biarlah tidak ada supermarket yang besar besar. Biarlah tiada jalan raya bertar. Asal mereka boleh mencari bekerja dan makan dan anak anak mereka bersekolah secara aman, mereka akan cukup bersyukur.
Malaysia Alhamdulillah. Selepas merdeka kita bersatu padu. Sehati Sejiwa. Bersama kita bangun negara ini. Kita bekerja. Anak anak kita bersekolah. Kita bersahabat, walaupun kita berbeza agama dan keturunan. kita memilih pemimpin yang bertanggung jawab. Mereka membangun negara ini. Infrastruktur berserta pengisian yang jitu membolehkan hari ini kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bekas bekas penjajah.
Hari ini kita bermaruah. Ada diantara kita sini yang menjadi profesional, executive dan Peniaga yang berjaya.
Bagaimanakah musuh mau menjajah kita semula? Dengan merancang dan berbuat apa yang mereka buat di negara lain. Di Iraq mereka bunuh Saddam Hussein pada bulan Disember 2006. Iraq tidak mengetahui erti keamanan sejak hari itu. Yang aman hanyalah kawasan minyak dimana penjajah moden menggarap hasil minyak mereka.
Hari ini musuh musuh berkeliaran dikeliling kita dan dikalangan kita.Mereka mahu menggulingkan pemimpin kita untuk kepentingan jangka pendek mereka. Kebanyakan mereka yang diluar sana adalah pembangkang yang tidak mahu menerima kekalahan.
Kita pun akan terikut ikut sekiranya kita lupa untuk mengutamakan perjuangan bangsa yang lebih besar tidak bersyukur, dan tamak.
Bagaimanakah kita dapat mempertahankan kemerdekaan ini? Kita sehati mempertahankan nya dengan memerdekakan hati kita daripada perasaan dengki dan dendam, dan kita sejiwa dalam bekerja, belajar dan bersatu dalam memperjuangkan kebaikan untuk semua. Kita juga bersatu, sehati sejiwa dalam menentang bisikan jahat melalui media sosial yang berbentuk nhasutan dan fitnah yang hanya akan menghancurkan masa depan yang telah kita bina bersama.
Sehati Sejiwa kita bangunkan diri kita, keluarga kita dan negara kita. Jika kita biarkan hasutan penjahat menjajah pemikiran kita, kita risau negara kita akan kacau bilau boleh mereka yang tidak menghormati pemilihan kepimpinan secara demokrasi. Kita akan sentiasa hidup dalam keadaan takut. Kita boleh menjadi npelarian di Negeri sendiri.
Marilah kita sehati sejiwa mempertahankan kedaulatan rakyat kita, negeri kita, dan pemimpin yang telah kita pilih secara demokrasi.
Merdeka, Merdeka, Merdeka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment