Tuesday, 25 August 2015
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
SALAM MERDEKA
Merdeka, Merdeka, Merdeka
M - Marilah kita Bersama-sama
E - Eratkan silahturrahim
R - Rapatkan saf
D - Demi Kebaikkan
E - Elakkan iri hati
K - Kukuhkan Ukhwah
A - Agar bahagian dunia & akhirat
Kebanyakan kita yang hadir disini tidak mampu menghargai sepenuhnya erti kemerdekaan sebab kita tidak pernah melalui zaman penjajahan. Kita hanya pernah mendengar sedikit cerita yang disampaikan oleh orang lain, yang juga kebanyakan nya juga tidak pernah merasai erti penjajahan.
Yang kita dengar kezaliman tentera penjajah. Memancung, merampas, merogol.. Menggerunkan. Semoga kita dan anak cucu kita tidak akan melalui perkara yang sama lagi.
Sebaliknya, ramai yang hidup di zaman penjajahan dan melalui ambang merdeka tidak pernah sungguh sungguh mengecapi erti kemerdekaan ini. Selepas merdeka banyak lagi yang perlu dibuat. Pembangunan, jalan raya, kemudahan perubatan, sekolah sekolah dan Universiti; semuanya ini perlu masa.
Yang penting sekali, di ambang merdeka, bapa bapa kita boleh berdiri dengan bermaruah, tidak perlu tunduk, takut, dihina oleh kaum penjajah yang zalim. Mereka mampu mengolah langkah, merancang kehidupan dan masa depan diri, bangsa dan negara.
Kita juga tahu, ada negara, terutama sekali di benua Afrika, di mana kemerdekaan malah membawa petaka yang lebih teruk dari zaman penjajah. Suku kaum yang berbeza berbunuhan sesama sendiri. Kanak kanak kehilangan ibubapa. Ada yang menjadi abdi, ada yang dijadikan tentera.
Buktinya, kita sendiri tahu betapa rakyat dari beberapa negara jiran kita hari ini meninggalkan negara mereka yang merdeka untuk mencari kehidupan asas. Kita lihat mereka sebagai alien yang mengganggu. Kita tidak suka. Sebenarnya, mereka pun tidak suka kehidupan begitu. Mungkin di hati hati mereka tersirat keluhan, mengapa Negara mereka tidak sebaik negeri/Negara kita. Biarlah tidak disediakan kemudahan hospital. Biarlah tidak ada supermarket yang besar besar. Biarlah tiada jalan raya bertar. Asal mereka boleh mencari bekerja dan makan dan anak anak mereka bersekolah secara aman, mereka akan cukup bersyukur.
Malaysia Alhamdulillah. Selepas merdeka kita bersatu padu. Sehati Sejiwa. Bersama kita bangun negara ini. Kita bekerja. Anak anak kita bersekolah. Kita bersahabat, walaupun kita berbeza agama dan keturunan. kita memilih pemimpin yang bertanggung jawab. Mereka membangun negara ini. Infrastruktur berserta pengisian yang jitu membolehkan hari ini kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bekas bekas penjajah.
Hari ini kita bermaruah. Ada diantara kita sini yang menjadi profesional, executive dan Peniaga yang berjaya.
Bagaimanakah musuh mau menjajah kita semula? Dengan merancang dan berbuat apa yang mereka buat di negara lain. Di Iraq mereka bunuh Saddam Hussein pada bulan Disember 2006. Iraq tidak mengetahui erti keamanan sejak hari itu. Yang aman hanyalah kawasan minyak dimana penjajah moden menggarap hasil minyak mereka.
Hari ini musuh musuh berkeliaran dikeliling kita dan dikalangan kita.Mereka mahu menggulingkan pemimpin kita untuk kepentingan jangka pendek mereka. Kebanyakan mereka yang diluar sana adalah pembangkang yang tidak mahu menerima kekalahan.
Kita pun akan terikut ikut sekiranya kita lupa untuk mengutamakan perjuangan bangsa yang lebih besar tidak bersyukur, dan tamak.
Bagaimanakah kita dapat mempertahankan kemerdekaan ini? Kita sehati mempertahankan nya dengan memerdekakan hati kita daripada perasaan dengki dan dendam, dan kita sejiwa dalam bekerja, belajar dan bersatu dalam memperjuangkan kebaikan untuk semua. Kita juga bersatu, sehati sejiwa dalam menentang bisikan jahat melalui media sosial yang berbentuk nhasutan dan fitnah yang hanya akan menghancurkan masa depan yang telah kita bina bersama.
Sehati Sejiwa kita bangunkan diri kita, keluarga kita dan negara kita. Jika kita biarkan hasutan penjahat menjajah pemikiran kita, kita risau negara kita akan kacau bilau boleh mereka yang tidak menghormati pemilihan kepimpinan secara demokrasi. Kita akan sentiasa hidup dalam keadaan takut. Kita boleh menjadi npelarian di Negeri sendiri.
Marilah kita sehati sejiwa mempertahankan kedaulatan rakyat kita, negeri kita, dan pemimpin yang telah kita pilih secara demokrasi.
Merdeka, Merdeka, Merdeka.
Thursday, 23 July 2015
"ORANG MELAYU PERLU SEDAR" ARTIKEL YG DITERIMA DARI WHAT'SAPP -UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN RAKAN.. BACA DAN FIKIR2KAN
UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN RAKAN..
BACA DAN FIKIR2KAN
Apabila saya melihat poster2 yang mengajak rakyat berhimpun untuk menjatuhkan PM dan kerajaan, saya ingin berkongsi dengan sahabat2 MT pandangan saya yang saya hantar kepada sebuah Blog NGO empat bulan lalu.
Pandangan ini dalam TIGA BAHAGIAN. Jika tidak relevant, boleh di padam. Maaf panjang sedikit.
BAHAGIAN 1
Kita boleh 'salute' DAP yang mahu pimpinan Negara yang kini di kuasai oleh ORANG MELAYU (UMNO menguasai BN) di TUKAR kepada campuran DAP/PJR/PAS di mana DAP YANG BERKUASA. DAP tahu parti mereka lebih 'advance' dari segi Ilmu, Kepakaran, Kepimpinan dan Networking dalam campuran Pembangkang.
Semasa campuran Pembangkang memerintah Perak selepas PRU-12 (tahun 2008), rakyat Melayu dapat merasa bahang kuasa DAP. Walaupun MB daripada PAS di bantu 4 EXCO Melayu dari PKR serta PAS, dan memerintah hanya 11 bulan:-
1. Hakmilik Tanah Perumahan kepada orang2 cina di beri pajakan 999 tahun bertentangan peraturan semasa tempoh pajakan 99 tahun.
2. Beribu2 ekar Tanah Pertanian di beri kepada Sekolah2 Cina untuk membuka Ladang Kelapa Sawit bagi Tabung Sekolah2 Cina.
3. Tumpuan di beri bagi memajukan Bandar Ipoh yang 85% penduduknya terdiri dari orang2 Cina serta pembangunan Kampung2 Baru Cina. 4. Pejabat2 Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat2 Tanah, Dewan Bandaraya Ipoh, Majlis2 Tempatan di serbu oleh orang2 Cina.
5. Pegawai2 Melayu di BULI oleh Wakil Rakyat DAP, terutama kedua2 orang Nga dan Ngeh.
6. Apa yang orang Melayu boleh buat? Kepimpinan campuran Pembangkang tidak memperdulikan orang Melayu. The leadership culture of Opposition not caring and aspiring towards the Malays.
Untuk orang Melayu di Perak, kepimpinan campuran Pembangkang yang di terajui oleh MB dari PAS serta 4 Exco Melayu dari PAS/PKR hanya tumpu kepada:-
1. Menukar pimpinan Masjid, Ketua Kampung dan JKKK kepada yang pro-pembangkang.
2. Tutup Dewan Orang Ramai dari di gunakan oleh orang2 UMNO.
3. Tingkatkan bilangan Ceramah2 Umum kepada penduduk Melayu, termasuk di Masjid/Surau yang tertumpu kepada menghentam UMNO.
4. Pimpinan Melayu PAS dan PKR hanya pakar dan berpengalaman dalam bidang 'Memecah belahkan Orang2 Melayu'.
5. Orang2 Melayu di Perak di ketepikan dari arus pembangunan selama 11 bulan di bawah DAP/PKR/PAS.
BAHAGIAN 2
Kita 'Salute' DAP kerana STRATEGI POLITIK mereka telah MENGENA. Mereka menggunakan strategi 'CHARACTER ASSASINATION' menerusi KAEDAH MENYERANG, MEMBURUK, MENGHINA dan MEMBENCI. Sasaran mereka adalah pemimpin UMNO.
Bersama2 media online pro-pembangkang, mereka mencipta cerita 'Skandal 1MDB'. Benarkah ada skandal? Mana bukti Jho Low ambil dana 1MDB sebanyak USD700 juta (RM2.45 billion)? Masuk akal kah RM2.45 billion hilang, manakala kerajaan dan 1MDB berdiam dan berpeluk tubuh? Jika hilang RM2.45 billion tidakkah 1MDB sepatutnya sudah bankrap? Bila pinjaman tidak di gunakan untuk 'TUJUAN' yang di tetapkan oleh Institusi Kewangan, tidakkah Bank akan RECALL LOANS untuk elak daripada menghadapi NON-PERFORMING LOANS yang tinggi? Sekurang2nya kita tunggu sehingga selesai laporan KETUA AUDIT NEGARA dan PAC baru kita boleh mendapat cerita SEBENARnya. Mengapa setiap kali gambar Jho Low di pamerkan mesti bersama Paris Hilton? Gambar dengan Paris Hilton yang itu2 juga di mainkan berkali2, tidakkah bertujuan melahirkan 'Rasa Benci' di kalangan rakyat pada Jho Low untuk tujuan mana2 individu atau mana2 institusi yang di kaitkan dengan Jho Low akan di benci? Tidakkah strategi ini akan memudahkan pembangkang dan online media pembangkang terus membuat tuduhan demi tuduhan yang di REKA untuk menanam kebencian mendalam serta kehilangan kepercayaan dan keyakinan Rakyat pada UMNO? Inilah yang sedang berlaku. Terdapat kelompok2 masyarakat telah terpenggaruh dan masuk JERAT DAP (Malangnya tiada survey berapa peratus kelompok masyarakat yang terjerat dalam perangkap DAP). Apa pun strategy DAP ini amat berkesan. Mereka merancang 'KEHADAPAN'. Oleh sebab strategi ini berkesan, selain 1MDB, mereka akan terus MENCIPTA ISU. Mereka akan memainkan propaganda "DEMI RAKYAT KAMI AKAN MEMBONGKAR SKANDAL KERAJAAN YANG BERGELUMANG DENGAN RASUAH' untuk menanamkan rasa benci dan memisahkan RAKYAT DENGAN UMNO sehingga rakyat AKAN LUPA bahawa sekitaran negara yang SELAMAT, STABIL dan SEJAHTERA yang KITA NIKMATI kini adalah dari PERJUANGAN UMNO.
BAHAGIAN 3
Tidak hairan nanti, apabila Rakyat telah terpengaruh dengan propaganda DAP dan tertanam dalam hati, perasaan dan minda bahawa "Kita di pimpin oleh seorang pemimpin yang Korup", campuran Pembangkang atas nama badan NGO akan mengadakan HIMPUNAN RAKYAT bertemakan "JATUH NAJIB". Asakkan propaganda HOSNI MUBARAK RASUAH kepada Rakyat Mesir oleh golongan aktivis membawa kepada HIMPUNAN RAKYAT di TAHRIR SQUARE, CAIRO, berakhir dengan TIGA MINGGU kemudian HOSNI MUBARAK meletakkan jawatan. Kejatuhan Hosni Mubarak adalah menerusi KUASA RAKYAT atau DEMONSTRASI/PERHIMPUNAN RAKYAT, bukan menerusi PILIHANRAYA. Ia bermula dengan SMS yang di hantar dari seorang gadis berumur 23 tahun.
Ciri2 Mesir ini sudah ada dalam LANSKAP POLITIK negara yang di bawa oleh pembangkang di terajui DAP yang menggunakan orang Melayu untuk membentuk 'KUASA CINA di MALAYSIA'. Apa yang orang Melayu akan capai?
Kita lihat di sini sebagai pengajaran. Apa yang Rakyat Mesir perolehi dari PERHIMPUNAN Tahrir Square:-
1. Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
2. Pergolakan politik Mesir tidak berhenti hingga kini. Sudah 2 kerajaan di bentuk.
3. Lahirnya golongan militant.
4. Ekonomi Mesir jatuh teruk.
5. Pengangguran tinggi.
6. Harga barang2 asas melambung tinggi.
7. Kos sara hidup tinggi.
8. Kesejahteraan hidup jatuh.
9. Rasa hormat dunia pada Mesir sudah hilang.
Model kejatuhan Hosni Mubarak juga berlaku di Libya, Iraq, Pakistan, Syria, Philippines, Romania, Indonesia, Nepal dan India. India menerusi pilihanraya.
Atau paling busuk, DAP tunggu sehingga PRU-14 untuk menjatuhkan UMNO.
"ORANG MELAYU PERLU SEDAR"
Copy&paste dr grp lain
“OPPOSITIONISM” & “OPPORTUNISM”
“OPPOSITIONISM” & “OPPORTUNISM”
‘OPPOSITIONISM’ adalah satu pemikiran dan amalan untuk menentang, memfitnah dan merosakkan kerajaan yang sedia ada walaupun mereka sudah kalah pilihan raya. Mereka tidak mahu menerima kekalahan dalam pilihan raya secara ‘demokrasi’ yang sentiasa mereka gembang gemburkan.
‘OPPORTUNISM’ adalah cara pemikiran dan amalan yang sentiasa sedia untuk mengambil kesempatan dalam kelonggaran atau kesempitan satu keadaan demi kepentingan pribadi atau keluarga sendiri, meskipun harus mengkhianati parti atau pasukan sendiri.
‘Critical mass’ akan dicapai bila pembohongan yang berpanjangan oleh pihak pemikir dan pengamal ‘OPPOSTIONISM’ dianggap benar oleh rakyat dan disambut oleh ‘OPPORTUNISM’ yang tidak mendapat tempat, tidak relevan atau tamak kedudukan untuk diri sendiri atau keluarga.
Saya telah mengikuti perkembangan politik sejak beberapa dekad. Ayah saya adalah pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajah. Begitu juga keluarga suami saya adalah diantara pemegang peranan utama dalam perjuangan kemerdekaan dan juga kepimpinan negeri selepas merdeka.
Saya merasa sedih bila trend politik “Oppositionalism” yang sudah melampau kebelakangan ini. Bila pembangkang kalah, mereka tidak berhenti kerja mencelar kepimpinan negara secara berbohong, memperbesar secara melampau, ‘selective inattention’ atau paling kurang, sentiasa berat sebelah.
Contoh yang teruk sekali adalah fitnah yang dibuat terhadap isteri ketua negara sendiri tanpa usul periksa. Saya rasa ini adalah kerana OPPOSITIONISTS mengambil kesempatan sebab orang ramai banyak yang suka membaca dan menyebar apa saja bahan yang diterima mereka; tidak kira ia nya benar atau tidak. Semakin sensasi, semakin disebarkan, dan kebanyakan perkara sensasi adalah rekaan semata mata.
Saya rasa perlu ada juga usaha dari kalangan insan yang cintakan negara ini untuk memertabat negara dan pemimpin negara kita sendiri.
Usaha Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak menerusi program PERMATA telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila beliau dijemput menyampaikan ucaptama sempena World Innovation Summit for Education- WISE yang berlangsung di Qatar.
Selain itu, pengiktirafan yang diberi kepada DS Rosmah untuk melancarkan inisiatif pendidikan baru yang diperkenalkan Sheikh Moza di Qatar National Convention Centre pada hari ketiga penganjuran WISE pastinya suatu yang amat membanggakan bagi negara Malaysia.
DS Rosmah juga menyampaikan ucaptama yang bertajuk Sustainable & Quality Education for The Future, Malaysia Experience Through PERMATA.
Pada Julai lalu, DS Rosmah turut dijemput menyampaikan ucaptama Persidangan Asia Pasifik Mengenai Bakat Semulajadi Ke-12 yang bertemakan Mengoptimumkan Potensi Anugerah dan Bakat Semulajadi Ke-12 di Dubai.
Pengiktirafan demi pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang diterima oleh Isteri Perdana Menteri ini sekaligus membuktikan keberkesanan program PERMATA yang diilhamkan oleh DS Rosmah.
Saya sebagai Rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian dan kejayaan program PERMATA yang kini menjadi panduan dan ikutan kepada negara lain dalam usaha membangunkan sektor pendidikan awal kanak-kanak, sekaligus berjaya memartabatkan program itu di peringkat antarabangsa.
Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama beberapa kumpulan profesional, pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan bagi membincangkan tentang permasalahan remaja kini yang membimbangkan.Proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal dan akan lebih berkesan sekiranya dimulakan sejak lahir.
Permata Negara yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata Negara,Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata Kurnia.Ketika ini ada pelajar berumur 9 tahun yang mengikuti program Permata Negara sedang mengikuti kursus peringkat pra-universiti, di mana pada umur belasan tahun pelajar berkenaan mungkin akan diterima masuk di sebuah universiti terkemuka di luar negara. Manakala sekumpulan pelajar Tingkatan 4 program Permata baru-baru ini menunjukkan kebolehan cukup luar biasa apabila lulus dalam ujian Standardised Admission Test (Ujian Kemasukan Seragam) (SAT) dengan cemerlang, yang membolehkan mereka ditawar memasuki universiti di Amerika Syarikat.
Pemikiran dan sumbangan yang sangat berharga ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Anak anak kita sangat berharga. Program Permata membolehkan anak anak yang berada diluar bandar sekalipun mendapat pendidikan awal yang akan memberikan mereka head-start dalam hidup.
Maksud saya memberi contoh diatas adalah untuk mengajak rakyat kembali menyoroti dan membantu usaha membangun rakyat, terutama sekali yang berada diluar bandar. Sekali gus saya inginkan agar kita berwaspada terhadap sikap dan sifat “Oppositionism” dan 'Opportunism' yang membutakan kita daripada mencari dan memupuk kebenaran dan kebaikan. Jangka panjang kita hanya akan menguntungkan puak opposition dan opportunis yang hanya ingin cepat mengambil tempat, walaupun dengan merugikan, bahkan menghancurkan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)